BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 2, 2012

~Wanita~


~Wanita~

“Dia tak cantik, menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.

Matanya tak galak, tak redup,
Hanya mata biasa-biasa,
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow,
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.


Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.

dan dia, ya dia selesa begitu.

Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut.
Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu.
Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.

Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.

Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri,
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia”
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.

Dipujuk hatinya,
Walau terasa ingin mencuba,
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba,
kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah.
Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.

Ya, dia selesa begitu.”

— (via tersenyum-melihat-langit)

ingin menjadi wanita yang sederhana. InsyaAllah.

Thursday, January 5, 2012

~Pembohongan seorang ibu~

~IBU~

1. MAKANLAH,IBU TIDAK LAPAR.
Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar.


2. MAKANLAH,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN.
Ketika penulis mulai besar,ibu sering meluangkan waktu senggangnya pergi memancing di taliair berhampiran rumah untuk dijadikan lauk mereka sekeluarga.Kemudian,ibu akan memasak gulai ikan yang segar itu untuk anak-anaknya.Sewaktu anak-anak makan,ibu akan duduk di samping mereka dan hanya memakan sisa makanan yang menempel di tulang bekas sisa ikan yang dimakan penulis dan adik-beradiknya.Bila penulis menghulurkan ikan kepadanya,ibu berkata…Makanlah nak,ibu tidak suka makan ikan.


3. CEPATLAH TIDUR,IBU BELUM NGANTUK.
Di usia awal remaja penulis,semasa beliau di sekolah menengah,ibu akan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih ke kedai untuk menyara persekolahan penulis adik-beradik.Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1.30 pagi penulis terjaga dari tidur dan melihat ibunya sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Penulis telah melihat beberapa kali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.Penulis pun berkata,Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.”Ibu tersenyum sambil berkata,…Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi.


4. MINUMLAH,IBU TIDAK HAUS.
Di hujung musim persekolahan,ibu telah meminta cuti kerja supaya dapat menemani penulis pergi sekolah menduduki peperiksaan.Ibu sabar menunggu di luar dewan dan berpanas.Mulutnya pula terus kumat-kamit mendoakan agar anaknya akan lulus cemerlang.Ketika penulis selesai dengan peperiksaannya,ibu dengancepat menhulurkan air kopi yang disiapkan dalam botol yang dibawanya kepada penulis.Melihat ibunya dibasahi peluh,penulis segera memberikan cawannya kepada ibu.Ibu menolak sambil berkata….Minumlah nak,ibu tidak haus.


5. IBU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN LELAKI.
Setelah pemergian ayah kerana sakit,yakni baru beberapa bulan penulis dilahirkan,ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Melihat kehidupan mereka yang semakin susah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran sering datang memberikan ibu bantuan,tetapi ibu sering menolaknya.Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya bernikah lagi agar ada orang lelaki yang menjaga dan mencari wang untuk mereka sekeluarga.Tetapi ibu tidak mengendahkan nasihat mereka dan berkata…Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.


6. JANGAN SUSAH-SUSAH,IBU ADA DUIT.
Setelah abang dan kakak penulis bekerja,mereka menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Mereka juga sering mengirim duit kepada ibu tetapi ibu telah mengirim balik duit itu kepada mereka ambil berkata..Jangan susah-susah,ibu ada duit.


7. TIDAK PAYAH,IBU TIDAK BIASA.
Setelah tamat pengajian di universiti,penulis telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar Negara dan dibiayai oleh sebuah syarikat.setelah mendapat sarjana yang cemerlang,penulis telah bekerja dengan syarikat tersebut.Dengan gaji yang lumayan,penulis berhajat membawa ibu menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Tetapi ibu yang baik hati telah menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berkata…Tak payahlah,ibu tidak biasa tinggal di negara orang.


8. JANGAN MENANGIS,IBU TIDAK SAKIT.
Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam penulis menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu terpaksa dibedah secepat mungkin dan penulis yang berada jauh di seberang samudera,segera pulang menjenguk ibu tercinta.Penulis melihat ibu yang terbaring lemah selepas menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan tua masih mampu menatap wajah penulis penuh kerinduan bersama sebuah senyuman.Penulis dapat melihat betapa siksanya ibu menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya…Penulis menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Namun ibu tetap tersenyum dan berkata…Jangan menangis nak,ibu tidak sakit.Selepas pengucapan pembohongan kelapan itu,ibu telah pergi mengadap penciptanya.


Sehingga kini penulis diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun beliau mengasihi ibunya,tetapi beliau tidak pernah sekalipun membisikkan kata-kata itu kepada ibunya.


Sumber: Himpunan Cerita Sedih,FB.

~ala2 Si Tanggang~

~mak, saya sayng mak~
Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.

Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tidak mengenang jasa.

Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca.

Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tidak berguna lagi, ibuku telah tiada.

Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...

Aku mengimbau....

"Man, malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.

Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. 

Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.

Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.

Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu.

Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota.

Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia.

Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu.

Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.

Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.

Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

"Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah," getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"

"Makcik nak jumpa dengan anak makcik."

"Anak makcik? Siapa?"

"Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik."

"Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan."

Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

"Siapa kau wahai orang tua?"

"Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."

"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"

"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!"

"Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"

"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"

"Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"

Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala.

Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang dibakarnya.

Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar.

Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama.

Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.

Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"

"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"

"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.

"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"

"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"

"Apa?"

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah dipenuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.

Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.

*****

Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya! 

Saturday, December 31, 2011

~ABANG Vs AYANG~ SAPA YANG SALAH??


~ABANG & AYANG~

Memula skali ayang anto kat abang? 


Dear abang, 

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? 


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? 


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah 


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. 


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah... 


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada. 


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak 


Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? 


Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang.. 


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR 


Love,

ayang 



ni abang lak bagi.... 


Dear Ayang, 

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...


Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun... mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. 


Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..


Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit.. 


Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..


Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha


Love,

Abang

~HAPPY NEW YEAR 2012~

~HAPPY NEW YEAR 2012~
assalammualaikum, n selamat tahun baru...
tahun baru, buka buku baru.... :)
buang yang keruh, ambil yang jernih... 
tahun 2009 - kat tempat keje, KFC JM, tawau, sabah... 
tahun 2010 - sambut tahun baru dengan orang tersayang kat KL...
tahun 2011 - sedih... kat kedah... xsambut tahun baru... EXAM!!
xdapat sambut tahun baru dengan family n c "dia"... 
miss him n family alot... xsabar nak balik.... 
buat yang beragama islam...
• DELETE semua FILE kebencian & ammarah
• INSTALL anti-virus ego & putus asa
• RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang
• REFRESH peribadi kita yg mulia
• DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA
• UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS
• Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih
• LOADING semua dgn DOA & USAHA
• COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafaat

Friday, December 30, 2011

~KASIH SEORANG ISTERI~

~KASIH SEORANG ISTERI~

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata- kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi... .. idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum, " satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika. "Waalaikumusalam, " jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.
"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `' Aku tersenyum mendengar bicaranya.Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya. Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya.

Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya. Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata.

"Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku. `' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku. Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan.Erat terasa genggamannya.
"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku. "Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.
`'Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `' `'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.'' Dengan telekung yang masih
tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.
Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku. membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami?Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh....dia pandai mengambil hatiku.
Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu . `' Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya.

Hatiku menjadi sejuk sendiri. ' Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.'
`' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain. `' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia- sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."
"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka. "Tidak Ain. Sebenarnya.. ....," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.
"Ain......abang. ....abang nak minta izin Ain...... untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang. ....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku. Tanpa bicara, dia mengangguk.

`' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku. .. hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.
`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'
Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku
tahu Faizah juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A....Abang.. ....Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku. "Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain." "Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah.... bermakna.... . sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan
abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu. Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ? Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba- salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru.

Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi? `Oh Tuhan... berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku, ku rela Ya Allah. Aku rela.
Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"
"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`'Izah...... akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.
`'Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.
"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"
"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.
"Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"
"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'
'Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita...... ." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu.
"Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `'Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah
seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu.Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.
"Tidak Izah. Akak tak bergurau.... ..Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.
"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu. .. melamar saya?"

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.
"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak.

Matanya kulihat berkaca-kaca.
"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."
"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.
"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`'Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."
"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain... Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu." "Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.
"Kenapa?"
"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang.Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."
"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah
pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira.Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `' `'Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."
"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun.

Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.
Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.
"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.
`'Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.
`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku menduga keikhlasan bicaranya.

'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah.

Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya. Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin.

Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik.Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain.Ahhh... anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain.Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku.Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran.

Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

renungkanlah. ..
DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan sedikit agar insaf,namun segera disenangkan semula.Itulah belaianNya.Dimarahk an juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya.Dipanggil- panggil kepadaNya,untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya,tapi si hamba tidak peduli langsung!