BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 21, 2011

~kerana lelaki~


Kerana lelaki,gadis ini plih untuk lukakan hati ibu ;(

 


okey, kite start dari hari pertama aku mula kapel ngan someone.mula je aku kapel bermulalah detik-detik aku dengan dosa. dosa pada Allah itu dah tentulah. lepas tu tambah pulak dosa ngan mak ayah. Ya Allah, xde aku kat dunia ni lagi bagos kot dari nyusahkan mak ayah. nak xnak mak abah kenalah terima saya sebagai anak. sehari demi sehari saya makin asyik dengan cinta mak, saya sanggup pentingkan perasaan dia dari mak. mak banyak terasa hati tapi mak diam je. mak x nangis sebab tabah.

tapi jauh dari sudut hati saya tahu mak sedih. sya mintak maaf mak. saya pernah cite story ni kat kawan saya. saya x sangka tibe-tibe saya nangis. dan xleh tahan kawan yang mendengar pun turut menangis. dia cakap dia cepat tersentuh. tapi kalau korang dengar cite ni nak yer korang bunuh aku hidup2. camni cite nyer.

aku datang untuk daftar kat salah sebuah universiti di tanah awal 2 hari. kami tidur umah pakcik dulu. esoknyer mak cakap nak p melaka. aku seronok lah sebab nanti aku leh jumpa si dia. mak janji nak pegi kolej dia. aku bersemangat giler2 sebab aku ade belikan dia beg. aku nak kasi kat dia la. ok fine, kami pegi melaka. perjalanan nak p melaka jauh gak coz kitorang banyak sesat.


kami pusing-pusing area melaka tu cari kolej dia. dah pusing-pusing still x jumpa. pastu mak cakap, suhla dia datang bandar,jumpa kat sana. tengok, mak dah cuba yang terbaik untuk aku jumpa si dia tapi aku x sedar pun. aku cakap lah ngan dia suh p bandar jumpe kat sane je senang. dia lak cakap x dapatlah sebab ade kelas xleh kuar suka-suka hati. ok fine. aku pun cakap kat mak n then aku paksa abah cari jugak sampai dapat.

aku tahu abah dah marah time tu sebab abah memang xtau kat mane kolej dia. tapi abah x marah pun aku, abah tahan je. abah nak jaga hati aku. adik aku pun ade jugak sekolah kat melaka. adik aku ni merangkap anak kesayangan mak aku. mak pun cakap ngan abah pi sekolah adik dulu lepas tu kita cuba lagi carik kolej dia. ok fine, aku dah start bengang ngan mak. dia nak jugak jumpa anak kesayangan dia.

ya Allah, bodoh betul aku time tu kan.memang mak ade hak kot nak jumpa anak dia kalo nak compared p jumpa pakwe aku tu,opps ex pakwe aku. abah bawak kete pegi skolah adik jumpa pulak. ish, memang lagi aku x puas hati. sampai je depan pagar skolah adik, aku acting cam laki mati dah. sepatah perkataan x kluar dari mulut aku. pandang adik pun tidak. aku sangat memberontak. marah. adik aku paham kot. dia pun cam buat2 tegur tapi still xde jawapan dari aku. aku bodoh. ya sangat bodoh. lepas je jumpa adik kami nak bertolak balik sebab dah lewat.

esok nak kena daftar aku lagi. aish lagi la aku makin bengkak tahan marah. tadi cakap nak bawak aku jumpa dia last2 tukar plan balik KL. memang aku berasap abes. sejak balik je dari jumpa adik aku dah diam muak masam x layan sape2. masa tu wajah mak dah berubah tahan marah. tapi mak sabar lagi. mak x cakap apa2 pun. mak diam je. mak cuba lagi tegur aku tapi aku? haram. aku palingkan muka dari mak. bukan mak je. sume orang aku palingkan muka.

esoknyer tibe lah daftar masuk. aku still macam semalam. satu patah perkataan x kluar dari mulut aku. kalo aku jawab pun nada marah2. aku bodoh. mak sabar lagi. mak ade asthma. mak xleh naik tangga tinggi2. tapi aku dapat bilik level 3. mak cuba naik pelan2. sampai satu level mak stop. lepas tu mak sambung lagi. ya Allah, mulianya hati seorang ibu. sampai je kat bilik aku masih macam semalam. mak masuk bilik,bukak loker,cari katil yang terbaik untuk aku. tapi aku masih macam semalam.

mak duduk lipatkan baju,masukkan dalam loker,pasangkan cadar.sume package lengkap aku xyah buat apa2. mak menyapu bilik. aku? aku masih macam semalam. egonya aku. sombongnya aku. penting diri sendiri. sayang insan yang bukan halal bagiku. mak tanye nak apa2 tak. aku x jawab. aku diam masamkan muka tanda x puas hati. mak pun bawak aku pegi jaya one. tu first time pegi sane. nak carik cold storage tapi kami x jumpa. mak penta jalan banyak. jumpa 7eleven je. kami beli kat situ walaupun kite sume tahu harga kat 7e tu mahal.

sudah beli mak hantar balik masuk u. aku masih yang sama. sampailah mak cakap mak dah nak balik. aku bodoh diam lagi. mak dah nangis time tu. ni first time kami duk jauh2. memang dulu duk asrama tapi still dalam negeri. sekarang lain. sangat jauh. mak risau. mak cakap jage diri elok-elok jangan sedih. nanti2lah kita jumpa dia(ex pakwe). aku diam. aku p hantar mak sampai kat pak gad. time tu nak salam untuk last.

masa tu jugak aku baru nangis. aku nangis mintak maaf ngan mak ape yang aku buat. mak lagi kuat nangis. mak cakap bukan mak xnak carik kolej tu. dah cuba tapi x jumpa nak buat camna. abah pun x kenal jalan sangat. janganlah buat macam ni. aku xtau nak cakap apa. yang aku tau aku tersangat sangat sangat teruk. aku hiraukan perasaan seorang ibu hanya kerana seorang laki yang jahanam..sorry to say. itu kenyataan. ni baru satu. banyak lagi aku wat salah ngan mak. mak tabah. mak sabar je.

kompem lepas korang bace korang sangatlah menyampah ngan aku.hanya sebab laki aku jadi macam ni. aku sangat sayangkan dia melebihi segalanya. aku lupa segalanya. dunia aku hanya dia. lepas clash aku baru nampak dunia. baru nampak keluarga. baru nampak kawan2. korang kutuklah aku. aku terima. aku sangat kejam. mak, anak mak mintak maaf. anak mak x pandai nak hargai mak. anak mak sayang mak hanya pada mulut. anak mak x patut dilayan sebaik setelah apa yang anak buat pada mak. anak mak anak derhaka. mak, maafkan anak mak. anak mak nak berubah. mak sangat mulia. anak mak nak hargai mak. mak. anak mak nak sayang mak bukan pada mulut je......



ni pun copy paste dr org len.... enjoy reading... hope u all love it... 
pengajarannya.... hargailah n sayangilah family anda... :)
mereka la yg terbaik... xpndai mara n stsa sabar melayan karenah anak2 mereka.... 
i love u mama... love u abah.... ampunkan saya juga ya...