BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 18, 2013

♥ KISAH SUAMI ISTERI YANG BARU BERKAHWIN ♥



♥ KISAH SUAMI ISTERI YANG BARU BERKAHWIN ♥

ISTERI : Abang, janji ek, takkan pernah sayang perempuan lain selain saya?..
SUAMI : Maaf, abang tak boleh janji macam tu..
ISTERI : Kenapa? Abang ada perempuan lain lah ye? (dengan nada terkejut)
SUAMI : Hmmm.. Abang mintak maaf .. Abang takut suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia.
ISTERI : Jadinya abang tak setia? (dengan nada cemburu)
SUAMI : Awak memang cantik tapi mungkin PEREMPUAN tu lagi cantik, mungkin dia akan selalu hiburkan abang waktu abang penat, sedih, marah.. Mungkin Dia memang baik macam awak.. Dia ada semua sikap macam awak.. Macam yang abang inginkan..

Si Isteri tertunduk membisu. Sedih hati nya bukan kepalang.
Melihatkan itu, si suami tersenyum lalu memegang tangan isterinya..

SUAMI : Abang akan sayang dia macam abang sayang awak..suatu hari nanti dan Dia akan panggil awak.. MAMA! Sebab tu abang tak boleh janji.. Insyaallah abang akan sayang anak perempuan kita macam abang sayang awak. Bahkan mungkin lebih.

... Dan mereka sama-sama tersenyum :-)

~ 9 orang nama SITI yang patut dicontohi ~



‎9 Orang Siti Yang Patut Dijadikan Contoh..

Tahukah anda tentang kehebatan 9 srikandi islam yang boleh dijadikan ikutan buat semua muslimah? 

Selain mempunyai kejelitaan,mereka juga memiliki nama yang indah dan yang uniknya adalah nama meraka diawali dengan nama yang sama, mereka adalah srikandi islam yang menjadi contoh sepanjang zaman..

Ayuh sama-sama mengenali insan terpilih tersebut:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan
seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan
minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


subhanallah ^_^