BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 20, 2011

~CINTA SI GENGSTER~

TAKE UR TIME TO READ.... NICE.... NI PUN COPY PASTE JE TAU.... :) 


 


“ Aku tak kira korang kena cari juga perempuan tu”. LoZ membalik gambar itu kearah anak buahnya.

“ Tapi bos dia ni anak orang kaya bos susah kita nak dapat”.Mail takut-takut memberitahu bosnya, hatinya pelik entah kenapa sejak seminggu ni bosnya terlalu inginkan perempuan ini.

“Hahhh ada aku kisah….? Aku nak korang cari dia sampai dapat….muktamat”. LoZ memandang anak buahnya dengan ekor mata.

Buat kerja sikit pun susah aku pantang betul kalau orang lawan cakap aku ni, LoZ duduk sambil menanti kedatangan Mz kawan baiknya. Sejak dari mula dia melakukan kegitan jenayah Mz adalah satu-satunya orang yang paling dipercayai malah MZ adalah kawan yang paling disayangi. Walaupun Mz tidak pernah terlibat dengan kegiatannya namun Mz lah yang menyelamatkannya semasa ingin dibunuh oleh geng ‘helang putih’, gangster dadah yang paling terkenal di kuala Lumpur. Asap rokok dihembus keluar dari mulut LoZ seakan khayal dalam duniamya sambil memandang wajah perempuan di tangannya. Seminggu lamanya dia termimpi-mimpikan gadis ini, masih terbayang akan aksi gadis ini semasa rompakan yang dilakukan minggu lepas. Gadis ini memeluk erat seorang kanak-kanak, LoZ sangat kagum apabila dia berani berdiri apabila hanya kanak-kanak itu yang menangis.

“ Weiii jauhnya kau dah sampai syurga ke?” Mz menolak kaki kawannya dilihat sekeliling kubu rehat geng gagak hitam ini… ‘macam pusat pelupusan sampah’ bisik hatinya.

“ Layak ke aku masuk ke syurga? Kalau neraka tu bolehlah” Loz merenung dalam insane dihadapannya. Kerja apa yang geng gagak hitam tak lakukan? Merompak, mengamun, mencuri, segalanya yang berkaitan dengan duit., semua dilakukan.

Mz melihat reaksi kawannya yang berlainan entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. Hatinya sejak akhir-akhir ni tak sedap bak kata orang omputih something happen ewahhh pandai pulak cakap omputih hehehe…

“kau ni apahal semangkuk je aku tengok… dan mana yang lain kosong je aku tengok?” Loz sekali lagi bertanya, belum pun sempat jawapan itu keluar dari mulut Loz, gambar foto di tangan Loz dirampas...

“oooo...nilah masalah kau ek.. siapa pulak ni? Cuba kau cerita sikit”

“ hishhh ni anak datuk mana, diorang suruh aku kerjakan tapi aku dah tolak dah... sebab maklumlah aku kalau perempuan ni tak leh”.

Mz mencebik memang diakui kata-kata sahabatnya itu sejahat macamana pun kegiatannya, dia cukup menjaga anak buahnya supaya tidak membunuh dan merogol mana-mana perempuan. Itulah yang pasti, dan separuh dari duit rompakan pasti akan disalurkan ke yayasan yang menempatkan anak-anak yatim seperti mereka. walaupun puas dia menasihati kawannya itu alasannya tetap sama ‘belum sampai seru..’ ‘gila...nak taubat pun kena sampai seru’

“ Aku nak bagitau kau...aku nak ke Indonesia ada keje sikit, ingat sepanjang aku tak ada ni jangan buat benda bodoh.. tunggu aku balik aku akan pastikan nama kau clear dari mana-mana balai polis, aku nak kau berubah” Mz memang seorang peguam yang hebat tapi disebalik kehebatannya Loz lah yang banyak membantu sehinggalah dia selesaikan pengajiannya, Lozlah keluarga yang sentiasa menyokong kejayaannya.

“baik bos....” Loz ketawa terbahak-bahak.


“Lepaskan aku.....lepaskan aku...” Humairah ketakutan, dia terkejut apabila dirinya ditangkap dan matanya ditutup, masa itu dia baru pulang dari membeli barang dapur, habis barangnya entah kemana..

Loz tersenyum apabila melihat wajah Humairah ada dihadapannya, dia memberikan 8 keping not rm50 kepada anak buahnya. Lalu mengisyaratkan mereka supaya keluar, dia ingin berduaan dengan insan yang selama ini menganggu tidurnya. Loz membuka ikatan yang menutup mata humairah.

“awak sape? Kenapa bawa saya kat sini? Awak nak apa?”

“ aku nak kau.....”. Ringkas sahaja jawapan Loz, dia tersenyum sekali lagi.

Sepanjang 3 hari ditawanan Loz sudah banyak kali humairah cuba melarikan diri tapi akhirnya dia penat... dia pasrah, hairan dihatinya apabila dirinya tidak diapa-apakan. Sepanjang dia ditahan hanya Faiz seorang pemuda yang mungkin masih belasan tahun menghantarnya makanan dan minuman. Melalui Faiz juga dia mengetahui serba sedikit tentang orang-orang yang menculiknya. Melalui Faiz juga dia diberi pakaian dan telekung yang diminta. Walau apapun yang terjadi Humairah tak akan mengabaikan dirinya pada Allah.

“ Faiz tak sekolah ke?” tanya hunairah sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.
“ Dah abis dah faiz tengah tunggu keputusan, Faiz anak yatim abang Loz yang jaga faiz selama ni dengan abang Mz....” Humairah menganggukan kepalanya.

Sememangnya duduk di tempat ini membuatkan dia tak selesa walaupun tidak ada yang mengancamnya. Tapi kena tidur atas lantai membuatkan dia betul-betul tdak selesa. Malam itu dia tidur tanpa mandi, hari hujan membuatkan dia tidur dalam kesejukan tubuhnya mengigil. Tiba-tiba dia mendengar kaki manusia masuk ke bilik. Matanya dipejamkan seakan-akan tidur humairah berdoa dalam hati agar tiada yang buruk akan terjadi kepadanya. Dia dapat merasakan seseorang yang begitu rapat dan dekat dengannya.dup dap...dup dap... deras degupan jantungnya.

Loz meyelimut tubuh Humairah dia tahu gadis itu belum tidur, macamana nak tidur kalau sejuk macam ni. dia sempat meneliti wajah gadis pujaannya itu. Hahhh...kenapa kau? Kenapa mesti kau??..rintih hatinya....lalu dia melangkah keluar dari bilik, humairah membuka matanya, dia mengapai bungkusan yang dibalut cantik ‘Untuk Kau’ Humairah tersenyum membaca tulisan di kad itu.

Pagi itu kedengaran bunyi riuh rendah di luar biliknya, humairah memasang telinga..kedengaran gelak tawa, semua suara lelaki hatinya gerun. Pintu tiba-tiba di tarik dari luar, humairah terdorong ke depan, kakinya kaku matanya tepat memandang ke arah Loz di hadapannya. Matanya meliar menjelajah ke seluruh tubuh humairah.

“Nak apa?” Humairah meninggikan suara.

“ Aku nak...aku nak...” humairah menyilangkan tangannya menutup dadanya mata lelaki itu seakan menembusi seluruh tubuhnya. Loz tersenyum... dia tahu apa yang bermain di fikiran humairah.

“ Aku nak kau masak hari ni untuk semua anak buah aku...”

“ MASAK????”

Malam ini seakan ada temasya di banglo dua tingkat ini masing-masing memuji masakan humairah yang sedap....sepanjang dia memasak di dapur hanya Faiz yang kelihatan tapi malam ni mak aiii ramainya, satu persatu wajah di hadapannya dipandang termasuklah wajah Loz , lama dia meneliti wajah itu ‘emmm muka boleh tahan tapi kenapalah jadi penjenayah?’ hatinya berbisik. Tiba-tiba pandangannya tertembung dengan mata hitam milik lelaki itu, Loz menyengitkan mata kanannya sambil tersenyum..’eiii Gila!!” . malam beransur lewat masing-masing meninggalkan rumah banglo terpencil ini dengan senyuman tambahan bila berhadapan dengan ‘tukang masak’ baru mereka. faiz entah ke mana hanya tinggal Loz yang sedang bertemankan rokok di tangan.

“ emmm tak tidur lagi?” tanya Loz kepada humairah yang mendekatinya.
“ belum ngantuk lagi...kenapa duduk dekat sini?” tanya humairah.. entah kenapa sejak peritiwa malam hujan tu dia merasakan lelaki ini sangat baik. Dan niatnya untuk melarikan diri hilang begitu saja.
Suasana sepi Loz dan humairah melayan perasaan masing-masing......
“ siapa nama sebenar awak?” humairah kembali bersuara.
“ kenapa kau nak tahu? Nak jadikan aku laki kau ke.. tak payah tahu nama penuh, nama pendek pun kita boleh nikah dah..nak? aku panggilkan tok kadi sekarang?” ujar loz tangannya mencampakkan puntung rokok yang masih berasap.
“GILA!!” Humairah menjerit.. hatinya panas dengan usikan Loz.

2 minggu di bawah tahanan Loz membuatkan Humairah cukup faham dengan pemuda bernama Loz itu. Walaupun pada dasarnya lelaki ini tidak pernah berkata lembut tapi hakikatnya hatinya sangat lembut. Masih teringat peristiwa Loz menyelamatkan anak kucing yang jatuh ke dalam longkang, loz sanggup memberi tangannya untuk dipimpin seorang perempuan tua semasa melintas jalan semasa humairah mengikut lelaki itu ke pasar untuk membeli barang....hah...kenapa dia memikirkan Loz????.....

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.....


Suasana menjadi riuh masing-masing mencari tempat yang selamat, bunyi tembakan berbalas tembakan menekam masuk ke telinga, Humairah ketakutan tangannya mengigit, dia menyorokkan dirinya di sebalik almari yang agak besar di situ. Dalam hatinya mengucap beberapa kali. Nafasnya turn naik, mukanya sudah basah dengan airmata. Bum..bum.. sekali lagi bunyi tembakan dia dapat melihat bagaimana tubuh faiz di hadapannya rebah.

“Faizzzzzz”…jerit satu suara dia kenal suara itu, Loz....dimana dia,
“Faiz”…Humairah mendapatkan tubuh itu entah kenapa dia sudah tidak takut lagi dengan peluru yang mungkin akan menusuk masuk ke badannya. Darah keluar dari celahan tangan yang menutup dadanya, peluru itu tepat mengenai dadanya. Humairah sekali lagi memanggil nama faiz..

“Akak…. Faiz nak minta maaf dengan ibu, faiz teringat masakan ibu bila kakak masakkan untuk faiz……” suara faiz begitu lemah, tiba-tiba, Loz datang menerpa kepala faiz dibawa keribanya, sempat juga mukanya ku pandang penuh dengan luka, dahinya juga berdarah.

“ Abang Faiz tak ikut abang lagi, maafkan faiz, faiz bukan anak jantan……terima kasih sebab jaga faiz……” nafas faham terhenti, humairah mengajar insane dihadapannya mengucap apabila melihat Loz hanya diam membisu.

“ Faizzzzzzzzzzz”…pekikan Loz dilepaskan dengan beberapa tembakan.

Loz menarik Humairah melarikan diri melalui jalan belakang dia sudah mejerit meminta gengnya berudur geng helang merah telah banyak membunuh anak buahnya. Jauh mereka melarikan diri, dengan kaki terjengkut-jengkut Loz tetap erat memegang tangan humairah. Dia tak mahu Humairah cedera, dia akan pastikan Humairah selamat tapi….tiba-tiba Loz terjelepuk jatuh. Mereka sudah jauh lari ke dalam hutan di belakang banglo, pasti orang-orang helang merah tidak akan sampai ke situ.

“Awak kenapa ni….?” Humairah cuba membantu Loz namun tubuh lelaki itu tidak mungkin mampu diangkat. Hah???darah?...humairah menjerit melihat tangannya berlumuran darah. Loz kena tembak? Dia panik.. nama Loz dipanggil beberapa kali, tubuh itu juga digoncang kuat. Airmatanya kembali mengalir.

“Heii..aku tak mati lagilah… emmm kau menangis sebab aku?” Loz bangun.. menyandarkan tubuhnya di batang pokok berdekatan, wajah humairah dipandang dia tersenyum….

“ Awak kita pergi hospital….darah banyak ni…” humairah bersuara sayu…entah kenapa dia sendiri tak pasti kenapa dia menangis?.

“ Emmm tak payah, aku dah call kawan aku dia akan bawa kau balik ke rumah… aku malas dah nak jaga kau…errggghh...” Loz mengerang kesakitan.

Humairah tidak henti mengalirkan air mata, hatinya tak keruan apabila mendengar Loz megerang kesakitan. Dia mengelap darah yang mengalir dari dahi Loz dengan tudung yang dipakai. Tetapi ia tetap mengalir.

“Kau nak tahu tak nama sebenar aku? Nama aku Lokman Zaifuddin...kau kena ingat nama aku tu tau jangan lupa....” melihat nafas loz turun naik aku terus memanggil kembali namanya...

“Lokman zaifuddin.........saya cintakan awak..........” lafaz humairah lembut....
Loz tersenyum hatinya tersenyum bangga, dia berdoa di dalam hati moga tuhan mengampunkan segala dosa yang dilakukan selama ini, dalam diam dia meniti satu kehidupan yang indah disaat akhir hidupnya........Nur humairah kebahagiaannya.........

“Loz.......................”


“aku terima nikahnya Nur Humairah abdullah dengan mas kawinnya 80 ringgit tunai” aku menitiskan airmata, dalam sekelip mata aku sudah bergelar isteri.

Humairah...
mencintaimu membuatkan aku keliru...
mencintaimu membuatkan aku mencermin diriku kembali...
mencintai dirimu membuatkan aku bisu....

aku benci dengan perasaan ini tapi perasaan ini mengangguku..
membuatkan aku terpaksa menculikmu....
sungguh aku bukan diriku.....
mengenalimu membuatkan aku tersenyum..
mengenalimu membuatkan aku kenal...
siapa aku................

moga kau bahagia... kerana bahagiamu bukan denganku
itu pasti.... kerana ada adam yang lebih baik dariku tercipta untumu..
sayangmu..
Loz a.k.a Lokman Zaifuddin....

Surat itu aku lipat dan ku simpan kemas kembali ke dalam kotak, selendang biru pemberian Loz masih dalam simpananku....

“Sayang masih ingatkan dia?” Mohd Zulkanain menghampiri isterinya...humairah hanya tersenyum...kasih suaminya telah memenuhi segenap hatinya, sememang cintanya pernah wujud untuk lokman Zainuddin namun kini Mohd Zulkanain adalah segalanya.


“Ya allah... tempatkanlah sahabatku di tempat orang-orang yang kau lindungi” bisik hati Mohd zulkanain a.k.a MZ.....’aku akan jaga humairah seperti mana yang kau inginkan Loz aku akan pastikan airmatanya tidak akan tumpah lagi, semoga rohmu dicucuri rahmat’.......

-the end-

CITE NI BEST JGA TAU... TAKE YOUR TIME 2 READ K?? HEHEHE... NI PUN COPY PASTE JE... :)

~ADUHH JATUH LAGI~



“cikgu…darius pukul saya”


“cikgu..tengok anis dia ambil pensel saya”

Adriana memegang kepalanya, lepas satu masalah satu masalah yang menimpa kelas si celik ini. Baru seminggu dia bertugas sebagai guru tadika tapi rasanya maca setahun lamanya. Satu tangisan yang kuat kedengaran dari sudut kiri kelas.

“kenapa tu Darius?”

“cikgu dia nangis sebab dia berak dalam seluar cikgu” kedengaran darius bersuara diikuti dengan ketawa dari kawan-kawannya yang ada di situ.

“hah?? Berak..tak apa saya panggilkan Mak Cik Piah”

”tak nak....nak cikgu cebukkan..” kartika berkata perlahan sambil air matanya masih mengalir.

Dahi adriana berkerut. Aduhhh kena lagi, dia memandang tajam wajah Darius, memang budak itu sengaja mengenakannya. Sejak dia bertugas lagi di situ darius adalah murid yang paling sukar dikawal. Nakalnya mengalahkan kanak-kanak belasan tahun. Malah dalam diam dia tahu muridnya itu adalah seorang kanak-kanak yang bijak.

”diam semua malaikat lalu” kata-kata yang pernah keluar ketika hari kedua dia menjaga kelas. Saat itu dia tersenyum apabila berjaya membuatkan anak muridnya yang nakal itu senyap.

” cikgu!! darius ambil pensel saya” suara Hanis menjerit sambil menangis.

”Darius kenapa ambik pensel Hanis? Pensel Darius mana?”

”hilang cikgu”

”hilang kemana?” adriana mula meninggikan suaranya.

”tadi malaikat lalu dia ambik pensel saya cikgu” adriana tersenyum mendengar kata-kata yang lahir dari mulut anak muridnya yang comel itu. Akhirnya dia ketawa. Darius bijak menyelamatkan diri.

Langkah adriana laju menuju ke kereta kancilnya. Hujan renyai-renyai membuatkan dia menutup kepalanya dengan fail hijau yang dipegang. Separuh dari kain baju kurungnya sudah basah semakin laju semakin jauh rasanya tempat letak keretanya. Tiba-tiba sebuah BMW series hitam merempuhnya. Dia menjerit kuat.

”aduhhh..” dalam hujan renyai dia dapat merasakan darah yang mengalir di siku. Sakit. Baju kurung yang dipakai koyak menampakkan luka yang sudah berdarah,

”maaf saya tak sengaja” pemandu kereta sudah berada di depannya. Cuba membantu tapi ditolak perlahan. Dia masih boleh bangun sendiri tanpa pertolongan.

”awak tak apa-apa?” tanya lelaki itu lagi. Dalam masa yang sama bunyi hon kereta kedengaran. Seorang wanita masih berada di dalam kereta yang melanggarnya tadi.

”saya bawa cik ke klinik?”

”emmm tak apalah sikit je ni” adriana melihat luka di sikunya walaupun pedih namun masih boleh ditahan.

”sure?”

”yes” dia menghantar langkah lelaki itu dengan ekor mata. Bunyi hon kereta dapat didengar lagi. Hishhh perempuan ni tak tahu ke aku ni sakit agak-agaklah nak hon pun, hatinya menyumpah perlahan. Dia terus berjalan mendapatkan kereta

”apa yang you buat lama sangat tu?” Tasha bertanya geram .

”you tak nampak ke I terlanggar orang tadi?”

”alaa bagi je duit dahlah”

”you ingat semua benda boleh beli dengan duit?” tasha mencebik.

***
Adriana mengemas buku-buku yang bersepah di meja kecil itu. Memang sepanjang dia menjadi cikgu di tadika ini banyak yang secara tak langsung dipelajari. Apa yang paling penting dia belajar mengawal emosinya sendiri. Semua muid dah balik kecuali darius yang masih asyik bermain dengan buku dan pensel warna di tangannya.

”darius kenapa tak balik lagi?”

”papa tak sampai lagi” jawabnya perlahan, ada nada sendu di hujung bibirnya.

”emmm selalunyakan darius balik awal?”

”selalu pak mat yang ambik”

”habis hari ni pak mat pergi mana?”

”jemput Atuk” adriana mengangguk perlahan tanda faham. Dia meneruskan kerjanya.


”nampaknya papa darius lambat hari ni”

”papa memang selalu macam ni”

”emmm apa kata cikgu hantarkan nak?” anak kecil itu mengangguk laju.

Kereta kancilnya membelok masuk ke kawasan perumahan elit. Memang betul kata Puan hajah semua murid di tabika kasih datangnya dari keluarga berada. Satu persatu rumah bak mahligai dipandang. Kalau dibandingkan dengan rumah sewanya mesti macam langit dan bumi. Rumah Teratak Impian sudah di depan matanya. Mengikut alamat dari maklumat murid inilah rumah darius.

”inikan rumah darius?”

”mana cikgu tahu ini rumah saya? Pandailah cikgu ni” anak kecil itu menolak pintu kereta. Dia tersenyum memandang ke arah cikgu barunya itu.

”terima kasih cikgu”

”sama-sama pergi masuk” darius berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang wanita tua sedang menatinya di pintu pagar. Wanita itu tersenyum ke arah adriana. Dapat dilihat darius melambaikan tangan ke arahnya sebelum dia pergi.

’patutlah nakal anak manja rupanya’ bisik hatinya. Gelagat darius sering menjadi perhatian semua cikgu. Budak bijak yang nakal.

***

”kan papa dah cakap papa jemput kenapa tak tunggu papa?” marah Fahkrul Naim. Kadang-kadang sikap anaknya itu sangat memenatkan.

Darius hanya diam dalam pelukan neneknya, Datin Kalsom. Matanya masih memandang ke arah papanya yang sedan marah.

”sudahlah Im kan dia dah selamat ada dekat rumah ni”

”tulah mama selalu sangat manjakan dia”

”kalau tak mama yang manjakan dia nak harapkan kau...hari-hari sibuk dengan kerja tengah malam baru nak balik” Naim diam terasa terpukul dengan kata-kata mamanya. Memang dia sibuk tapi tak bermakna dia tak sayangkan anak tunggalnya itu.

”darius ingat lain kali kalau papa lambat sekalipun jangan pandai-pandai naik kereta orang lain”

”bukan orang lainpun..Mak Kiah cakap dia balik dengan cikgu dia”

lega hatinya mendengar kata mamanya. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Hanya tuhan saja yang tahu macamana gabranya dia bila tak ada seorang pun dekat sekolah tadi bila dia sampai. Merata tempat dia mencari anaknya itu. Sehinggalah dia mendapat panggilan dari mamanya menyatakan yang darius sudah balik ke rumah. Tali leher dilonggarkan perlahan. Dia meninggalkan ruang tamu tanpa sepatah kata, dia nak darius tahu apa yang dikatakan adalah serius.

”sudah sayang mari ikut nenek tidur, papa tu sayangkan darius, dia risau sebenarnya” anak kecil itu menganggukkan kepalanya beberapa kali. Papanya memang sering marah-marah.

Gambar ditangannya dipegang lama, ada air mata menitis di pipi keciknya. Perlahan disapu dengan tangan tapi ia tetap mengalir. Disentuh gambar yang tersenyum indah di dalam frame berbentuk hati itu.

”mama Ius rindu mama” bisiknya perlahan. ”papa marah Ius” sambungnya lagi dalam sendu. Selalu dia begitu. Sebaik saja dia yakin tiada mata yang memandang airmata anak kecil itu akan mengalir.

***

”kenapa ni sayang cikgu tengok monyok je masam macam cuka?”

” Ius rindu mama”

”mama? Laa mama darius pergi mana?”

”papa kata mama meninggal lepas lahirkan Ius” bulat mata adriana mendengarnya. Kenapa dia tak tahu. Dia mengeluh perlahan. Lama dia memandang mata anak kecil itu.

”darius nak tahu tak?” mata kecil itu setia menatap wajah adriana, perlahan tangan adriana mengusap rambut darius.

”cikgu pun dah tak ada mama dan papa.. tapi bila cikgu rindukan mereka mesti cikgu akan berdoa pada Allah supaya allah sentiasa jaga mereka dekat sana nanti”

”nenek pun selalu suruh Ius berdoa”

”emmm semua apa yang kita buat mestilah mulakan dengan doa..kita makan, tidur, mandi bila nak keluar dari rumah pun kita kena berdoa..tahu tak”

Darius mengangguk faham. Adriana melihat jam di tangannya sudah menunjukan jam 1.00.

”emmm mana Pak mat ni tak datang lagi ke?” darius mengelengkan kepalanya tanda tak tahu.

”kalau macam tu cikgu hantarlah”

“papa marah” darius bersuara perlahan.

”papa marah cikgu hantar darius?” kepala itu mengangguk lagi.

”kalau macam tu kita tunggulah”

”kenapa muka ni masam je? Darius ada masalah?” cuba berkompromi dengan muridnya yang satu itu. Darius diam , tunduk memandang ke lantai. Matanya kelihata redup.

”Darius selalu mimpi ada mama...boleh cikgu jadi mama darius?” soalan itu membuatkan adriana terkedu. tapi akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan, membiarkan anak kecil itu memeluk tubuhnya. Dia seakan dapat merasakan sesuatu.

***

Satu persatu buku di depannya diteliti. Novel terbaru diteliti satu persatu. Dia tersenyum apabila ada yang menarik minatnya.

”aduhh...” dia mengutip buku yang jatuh.

”sorry saya tak nampak” lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

”emm tak apa...” adriana menjawab perlahan, dia tunduk meneliti novel yang ada di tangan bimbang kalau ada kerosakan.

”ehhh saya macam pernah tengoklah awak ni” kata-kata itu membuatkan mata mereka bertentang. ’laaa dia ni ke’ bisik hati adriana.

”awak ingat saya?”

”emmm maaf ” adriana berpura-pura mengingati lelaki di depannya itu. Tak mungkin dapat dilupa lelaki yang hampir melanggarnya. Nyaris tak mati je.

”saya yang hampir langgar awak tu” sekali lagi lelaki itu cuba mengingatkan adriana.

”saya minta diri dululah” adriana berlalu tanpa sebarang kata. Fakhrul mencebik. Elehh tak ingat ke buat-buat tak ingat.

Adriana menutup pintu keretanya. Aduhh nasib baik dapat lari sejak dia hampir dilanggar oleh lelaki itu dia seakan sering ditimpa musibah. Bukan dia percaya kepada semua itu tapi dia merasakan adalah lebih baik dia menjauhi lelaki itu. Kereta dihidupkan di diundur ke belakang. Keadaan sesak hari ini membuatkan adriana berhati-hati.. tapi..
Debommm.....

”aduhhhh” melihat Honda CRV hitam. Dia yakin, pasti belakang keretanya yang rosak teruk.

”awak lagi...” sekali lagi adriana melepaskan keluhan berat.

”bukan salah saya sepatutnya awak kena tengok dulu sebelum keluar” adriana melihat kereta milik lelaki itu tiada kerosakan yang jelas. Tapi kereta kancilnya yang kecik molek nilah yang jadi mangsa.

”tak apalah awak tak payah bayar apa-apa” lelaki itu belagak profesional.

’memanglah yang rosak teruk bukan kereta dia, tapi kereta aku’ rungut adriana di dalam hati. Hishh memang aku kena mandi bunga kalau macam ni.

”tak nak ucap terima kasih ke?”

”terima kasih? Kenapa?”

”saya tak salahkan awak?” adriana mencebik. Malas dia melayan lelaki di depannya itu.

”emmm...terima kasih”

”tak apalah saya call kawan saya untuk selesaikan kereta awak ni” naim menawarkan bantuan.

”emm tak apalah” jawapan yang sama keluar dari mulut lelaki itu.

”kalau awak tak nak kena tipu baik awak terima saja pertolongan saya ni”

”dan boleh percaya ke yang awak tak tipu saya?” persoalan adriana membuatkan Fakhrul ketawa.

”suka hati awak untuk percaya atau tidak”

”emm oklah” fakhrul Naim tersenyum. Pantas poket seluarnya diseluk mencari telifon bimbit.

****

”nenek... cikgu Ius baik, cantik, ius suka cikgu”

”ya...”

”cikgu Ius pandai nyanyi...dia nyanyi sedap” sekali lagi anak kecil itu memuji cikgunya.

”amboi..susah cucu nenek ni nak puji orang.. mesti cikgu Ius baik sangatkan”

Fakhrul Naim memasang telinganya di sebalik Khabar Utusan yang dibaca. Perbualan anaknya itu menarik perhatiaannya, selama ini tak pernah anak tunggalnya itu memuji terutamanya orang yang baru dia kenal. Sebelum ini ada saja yang tak kena. Cikgu tualah, cikgu tak cantiklah, macam-macam lagi lahir dari mulutnya.

”nanti bolehlah Ius jemput cikgu makan malam dekat rumah” Datin Khalsom memberi Idea kepada cucunya.

”emmm...nenek boleh ke Ius ajak cikgu?”

”kenapa pulak tak boleh....nenekpun nak juga berkenalan dengan cikgu cantik, baik Ius tu” Ketawa darius kedengaran lagi,

”sukanya cucu atuk ni...cerita pasal apa?”

”pasal cikgu dia bang” Dato Latiff duduk di sebelah isterinya. Cucunya sedang asyik ketawa, menariknya untuk turut serta.

”emmm ni mesti pasal cikgu yang dari semalam dia duk cakap ni”

”siapa lagi bang...” senyuman manis datin khalsom mengundang senyuman yang sama di bibirnya.

”nenek tahu tak cikgu dah jadi mama darius, dia setuju jadi mama darius” Datin Khalsom dan Dato latiff terdiam. Naim merenung tajam wajah anaknya.

”apa Ius cakap ni? Ini ke yang cikgu Ius ajar? Siapa kata dia akan jadi mama Ius?”

”siapa cakap?”

”cikgu cakap” anak kecil itu tersenyum lagi, Naim berdengus geram, tapi tak mungkin dia melepaskan marahnya kepada darius. Apa jenis cikgu ni..ada hati nak jadi isteri aku? Ajar anak aku bukan-bukan. Hatinya berbisik jahat.

***

Adriana memandang sekeliling kawasan teratak kasih, akhirnya dapat juga dia masuk ke rumah ini selama ini hanya berdiri di pagar.

”jemputlah duduk” pelawa seorang wanita dalam lingkungan 50 an. Mungkin nenek Darius. Dia terpaksa menerima jemputan makan malan itu kerana darius yang beria-ria. Tak sanggup dia nak menghampakan perasaan murid kesayangannya itu.

”emmm terima kasih datin” ucapnya perlahan.

”ehhh saya bukan Datin, saya Mak Kiah orang gaji dekat sini, datin ada dekat atas sikit lagi dia turun” adriana tersenyum. Malu dengan sikap terburu-burunya. Tapi tak apa bukan dia kenalpun sesiapa dalam rumah ini jadi tak salah kalau dia tersilap orang.

”hooo awak nilah dia cikgu yang ajar anak saya bukan-bukan...rupanya dah banyak kali kita jumpa tapi tak kenal” Naim tiba-tiba muncul dari belakang. Adriana hairan tak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki di depannya itu.

”apa Encik cakap ni?” dia dapat melihat wajah itu dengan jelas..laaa mamat ni ke apa hubungan dia dengan darius?

”apa yang awak ajar anak saya? Sampai awak suruh dia anggap awak sebagai mama dia?” adriana terkedu. Ini ke tujuan keluarga ini menjemputnya?

“saya tak faham apa maksud Encik?”

“untuk pengetahuan dan makluman awak tak mungkin ada yang akan mengantikan tempat mama darius, dan apa yang pasti awak tak akan dapat menjadi isteri saya” adriana bertambah hairan. Hishhh ni drama apa pula ni.

“Encik hina saya”

“terpulang baguslah kalau cikgu rasa terhina...dan berapa ramai anak murid yang cikgu hasut mindanya untuk cikgu mencari lelaki kaya?”

“encik jangan melampau...” lelaki itu sudah melangkah mendekatinya, adriana mengundur selangkah menjarakkan dirinya.

”dah lama cikgu sampai?” sapaan dari belakang membuatkan adriana berpaling. Kali ini dia yakin inilah nenek Darius, dari pakaian dan gayanya menampakan dia kelihatan lebih muda. Naim terus menuju ke tangga. Hatinya masih belum puas.

”baru je” darius yang memegang neneknya berlari mendapatkannya. Tangan cikgu muda itu dicium lembut. Adriana mengusap kepala anak kecil itu.

”terima kasih sebab cikgu sudi datang..bukan apa mak cik teringin juga nak tengok siapa yang boleh jinakkan budak baik darius ni”

”emmm sama-sama, sepatutnya saya yang berterima kasih pada datin sebab sudi jemput saya” adriana merendah diri.

”panggil mak cik, tak payah nak berdatin-datin..” sekali lagi Adriana tersenyum. Baik nenek darius ni.

”marilah kita ke meja makan...Ius panggil Atuk dengan papa turun makan” belum sempat arahan dari neneknya habis, darius terlebih dulu meluru ke tangga.

Datin Khalsom dan adriana beriringan ke meja makan yang agak jauh dari ruang tamu tadi. Namun belum sempat mereka duduk satu jeritan kedengaran dari arah tangga.

”Ya Allah cucu aku” jerit dato borhan. Datin dan Adriana berlari sebaik saja mendengar suara seakan memanggil.

”Ya Allah abang kenapa?” kelihatan tubuh kecil itu terdampar di lantai ada darah mengalir di kepala dan mulutnya. Dato Borhan menjerit memanggil satu nama yang dia sendiri tidak tahu siapa.

***

”macamana anak saya Doktor?” tanya Naim cemas. Dia meraut rambutnya beberapa kali. Duduknya tidak senang sekejap dia berjalan sekejap dia berdiri. Hanya tuhan yang tahu perasaannya apabila melihat tubuh kecil anaknya terbaring lesu dan berlumuran darah.

”macamana doktor cucu saya?” giliran Dato Borhan pula bertanyakan soalan yang sama.

”anak Encik kehilangan banyak darah, buat masa ni pihak hospital sedang berusaha mencari stok darah jenis O dan mungkin kita perlukan penderma, harap Encik dapat bersabar dan berdoa ”

”darah jenis O?” ada kesal si hatinya, kenapa dia tak memilik jenis darah yang sama?

”saya boleh menderma doktor” semua mata meluru ke arahnya. Adriana memgangguk perlahan. Meyakinkan mata yang memandangnya.

Penantian disulami dengan kebisuan. Hanya mata mereka saling berpandangan namun tiada kata-kata. Doktor Amir keluar dari bilik ICU dia menanggalkan sarung bajunya.

”macamana dokor?”

”alhamdulillah...semua selamat” Fakhrul melepaskan nafasnya perlahan. Senyuman kembali di wajahnya.

”syukur Ya Allah” kedengaran suara datin Dan Dato yang memeluk anak mereka.

”terima kasih cikgu”

”tak apa Mak cik mungkin ini hari darius mana tahu esok lusa hari saya..lagipun dia murid saya”

Mata Naim tak lepas memandang ke arah adriana, tak sangka inilah dia cikgu yang sering dibangga-banggakan oleh anaknya. Tak sangka juga wanita ini akan menyelamatkan anaknya. Rasa bersalahnya semakin menebal. Tapi bukan rasa itu yang merunsingkan hatinya tapi ada satu perasaan halus yang dia sendiri tidak sedar.

***

”kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu rambut tu beruban sampai gigi tu dah tercabut semua baru nak kawin?”

”alaaa mak Rina muda lagilah mak”

”sebab mudalah mak suruh kau kawin”

”mak jelah yang kawin..”

”hishhh budak ni kita pulak yang nak di ajar, umur kita ni semakin tua bukan muda kau tu aku tengok dekat dengan lelaki pun tak..kau nak cari yang macamana?”

”emmm yang macam arwah ayah...seorang ayah yang bertanggungjawab dan bijak memberi kasihnya” ucapan adriana membuatkan Mak som terdiam. Perlahan airmatanya mengalir.

”kau memang sengaja nak bagi aku sedihkan dok teringatkan ayah kau tu... tengok au dah nangis..”

”ala-ala...ok Rina mnta maaf...mak soal jodoh ni biarlah tuhan yang tentukan kalau ada jodoh rina akan kawin mak jangan risau ek”

Adriana tersentak. Dia kembali ke alam nyata, baru semalam maknya membebel. Entah kenapa ibu kesayangannya itu terlalu risau dengan hal perkahwinannya. Macamlah dia tua sangat. Umur 25 baru nak kenal dunia. Wad d234 diketuk.

”haiii”

”cikgu..bila cikgu datang?” kelihatan darius sudah cergas dan tersenyum sihat. Namun anak kecil itu masih di atas katil. Ketika itu hanya darius yang ada di dalam bilik.

”darius sorang je ke dalam bilik?” adriana bertanya hairan. Tak mungkin darius di tinggalkan seorang diri.

”emm papa pergi solat sekejap” Adriana menganggu perlahan, senyumannya dilontarkan kepada anak muridnya itu.

”darius dah makan?”

”emm dah tapi sikit..tak sedap” adriana ketawa kecil.

”cikgu tahu, makanan dekat hospital memang tak sedapkan” adriana mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawa.

”cikgu ada buatkan bubur nasi special untuk Darius...bubur nasi ni special, sedap nak rasa?” melihat anak kecil itu mengangguk tangannya cepat memasukkan bubur nasi ke dalam mangkuk.

Adriana menyuap perlahan bubur ke mulut kecil itu. Dia tersenyum apabila darius kelihatan berselera menikmati bubur yang dimasak.

”seleranya anak papa makan?” adriana pantas berpaling. Kelihatan Naim sudah berada di belakangnya. Dia bergerak sedikit ke belakang menjarakkan sedikit ruang antara mereka.

”sedap papa..cikgu masak..” ada rasa malu apabila mendengar pujian muridnya.

”ya ke... papa nak rasa boleh?”

”emmm boleh...papa suruhlah cikgu suapkan” kata-kata itu membuatkan denyutan jantung adriana bertambah pantas. Matanya tak lepas memandang senyuman di wajah Naim. Cishhh dia ni ambil kesempatan pulak, sengaja nak kenakan aku ni, rungut hatinya.
”emmm tak apalah kalau Encik naim nak ada lagi dalam bekas tu” cepat adriana mengelak. Naim tersenyum.

”tak apa saya bukan nak awak suapkan pun” perlahan dia berbisik di telinga adriana. Ketika itu terasa kakinya tak mampu untuk berdiri. Terasa longgar segala sendinya.

Darius hanya senyum melihat telatah papanya. dia akan membuka mulutnya setiap kali adriana merapatkan sudu bubur. Berselera anak kecil itu menghabiskan bubur nasi yang dimasak cikgunya.

”ok darius cikgu balik dulu”

”alaaa...cikgukan baru datang?”

”emmm tak apa sayang nanti cikgu datang lagi ek..lagipun cikgu ada hal” dia pantas meninggalkan bilik itu.

”papa pergilah pujuk cikgu” mendengar kata itu membuatkan Naim tersenyum. Anaknya seakan dapat membaca apa yang bermain di fikirannya.

”Cik Adriana tunggu..”
”nak apa?”

”saya ada sesuatu nak cakap dengan awak”

”emmm Encik Fakhrul Naim..kalau ada lagi hinaan yang terbuku di hati tu tolonglah simpan..lagipun untuk pengetahuan encik Naim bukan semua hubungan kasih dan sayang perlukan ikatan. Saya kasihkan darius bukan sebab-sebab bodoh yang Encik Naim fikirkan...saya sayangkan dia sebab dia seorang anak yang terlalu inginkan kasih sayang saya..dan kalau saya di beri pilihan sekalipun saya tak mungkin akan hampakan harapan dia sebab saya sayang dia” ucapan panjang lebar adriana membuatkan Naim tersenyum.

”apa masalah awak ni?” benci dia melihat senyuman Naim.

”masalahnya saya dah jatuh cinta dengan awak...dan saya dah putuskan awak sebagai isteri saya” adriana terkedu. Jantungnya seakan berhenti. Wajah Naim dipandang lama.

”apa encik naim merepek ni” wajahnya masih berona merah.

”bila pula saya merepek...saya Fakhrul Naim cintakan awak Nur adriana a.k.a cikgu Rina”

”gila”

”saya akan hantar rombongan meminang awak Minggu depan..” Adriana berlari meninggalkan Naim.

***

Rombongan merisik memenuhi rumahnya, adriana terkedu melihat Naim dan darius yang tersenyum. ’ehhh apa pula mamat ni nak buat ni hishhhh’.

”Ya Allah Naim dia dah lari ikut pintu belakang” kata mak som sememangnya dia juga bersetuju berpakat dengan Naim. Tak sangka anaknya akan lari.

”lari?” Naim berlari mendapatkan keretanya, sempat dia mendukung anak kesayangannya masuk ke dalam kereta.

”nak pergi mana papa?”

”kejar mama..” Naim tersenyum. Darius ketawa kecil.

”awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke? Berapa kali awak nak langgar saya? Awak nak saya mati ek?” Adriana memuntahkan amarahnya. Wajah Fakhrul naim di pandang lama. Kalau ada pisau di tangannya dah lama di tusukkan ke perut lelaki itu. Nyaris kereta lelaki itu merempuhnya.

”awak marah ke?”

”habis tu awak nampak saya tengah meloncat-loncat suka” geram dia apabila mengetahui rancangan pakatan Naim dan ibunya. Ingat aku ni anak kucing ke nak kawin-kawin paksa ni.

”aikkk anak saya kata cikgu dia ni baik sabar”

”anak dengan bapak sama je menyusahkan orang”

”amboi merungut nampak”

”saya peduli apa” adriana bangun dia berjalan pantas ingin meninggalkan Naim, tapi entah di mana silapnya kakinya tersadung sesuatu.

”aduhhh...jatuh lagi” adriana mengosok pinggangnya yang terasa sakit.

”nampaknya awak dah tak boleh pergi jauh dari saya.. sebab kalau awak jauh sikit dari saya mesti awak jatuh” Naim tersenyum. Wajah Adriana masih lagi masam.

”adriana sudikah awak menjadi mama kepada Mohd darius bin Fakhrul Naim?”

”jadi sebab Darius awak pilih saya?”

”kalau nak jadi mama Darius kenalah kawin dengan papanya,” adriana tersenyum

”bodoh”

”apa awak cakap?” Naim berdiri di depan adriana. Dapat dilihat wajah yang selama ini hadir dalam mimpinya, akhirnya wajah itu jelas dimatanya.

”cikgu...” kedengaran satu suara dari belakang. Darius tersenyum sambil datang memeluk adriana.

”kenapa awak nak menipu lagi?”

”apa?” tanya adriana marah.

”awakpun cintakan sayakan?”

”siapa cakap saya cintakan awak?” adriana bertanya lagi. Matanya cepat-cepat dilarikan dari bertentang dengan mata Naim.

”dahlah...jangan nak berlagak lagi...mata awak dah menyatakan segalanya”

”cikgu” panggil darius lagi.

”bukan cikgulah sayang...mama” adriana berbisik perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Naim. Mereka berpandangan lalu tersenyum.

”boleh awak sayang darius macam darah daging awak?” soal Naim perlahan.

”darah saya memang dan mengalir dalam tubuh dia” sekali lagi mereka tersenyum.

-The end-

~new improvement~

assalammualaikum n selamat petang all....

ari ni kina blajar buat widget.... hehehehe...
da ada kemajuan ni.... happy sgt.... 
waiting 4 another improvement k??
 

Monday, December 19, 2011

Cinta Seorang Isteri =D

nice... sweet... sedih sangat... ni pun ambil dari blog org len... sekadar nak jadikan sinmpanan sendiri... arap pemilik ni xmara.... :)
Cinta Seorang Isteri
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam... 

Saturday, December 17, 2011

hOOray!!

hai everyone... now i learn how to do background layout... :)
really happy... thanks 2 kak nida... Hayati Hati.blogspot.com
coz help me to do this sweet blog background layout....
once again... thanks ya.... wait and c another changes in my blogger.... :)

Friday, June 24, 2011

sitemap